Assalamualaikum...
Blog ini dihasilkan untuk berkongsi pengalaman, cerita dan bertukar-tukar pendapat terutama kepada rakan-rakan Trying-To-Conceive (TTC). Mungkin ramai yang seperti saya...sedang mengharap khalifah kecil muncul dalam kehidupan yang akan menjadi pencen kubur kami sekeluarga. Perkahwinan baru mencecah 3 tahun, tetapi dek kerana umur yang semakin meningkat...usaha yang serius ke arah mendapatkan anak perlu dilaksanakan di samping doa yang tidak putus kepada yang Maha Esa....
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan sepanjang 3 tahun perkahwinan, namun belum masa lagi mendapat rezeki anak. Bermula hari ini, apa-apa usaha yang kami cuba..akan kami kongsikan, moga-moga dengan izin-Nya, kemungkinan usaha kami tidak berjaya untuk kami..tapi mungkin berjaya untuk orang lain. Apapun, moga kesabaran dalam menempuh ujian yang Allah berikan ini menjadikan kita bertambah iman sebagai hamba Allah yang bergantung harap sepenuhnya kepada Sang Pencipta.
Sekian dulu sebagai coretan mukadimah di blog ini. :)