Assalamualaikum....
Ya...bermulalah perjalananan TTC kami dengan appointment pertama di LPPKN Johor atau lebih spesifik di Nusa Bestari, Johor. LPPKN ini singkatan kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Antara servis yang ditawarkan seperti pembangunan keluarga/ perancangan keluarga dan kesihatan reproduktif. Sebagai contoh, untuk remaja, suntikan HPV ada disediakan manakala untuk wanita pula, pemeriksaan kesihatan wanita juga disediakan. Ianya separa kerajaan di mana ia mengenakan bayaran tetapi tidaklah semahal klinik atau hospital swasta. Untuk lebih lanjut boleh ke website LPPKN. :)
So, untuk pemeriksaan kesuburan, kami memilih LPPKN setelah baca beberapa blog berkenaan perkhidmatan yang disediakan. Untuk membuat appointment ke LPPKN, anda perlu call dulu Klinik Nur Sejahtera LPPKN Johor di talian 07-5588204. Pada mulanya, saya mencari nombor telefon klinik di website LPPKN di senarai yang disediakan tetapi nombor tersebut adalah nombor bahagian pentadbiran LPPKN Johor dan bukannya nombor klinik. So nombor yang saya mention tu adalah nombor klinik ya...
Untuk 1st appointment ni, secara general saya simpulkan seperti di bawah:
1. Hari pertama kitaran haid anda, call LPPKN untuk dapatkan tarikh untuk 1st appointment.
2. Biasanya untuk 1st appointment ni, nurse akan aturkan hari ke-2 hingga hari ke-5 haid.
3. Macam saya, 1st day period 8/11/2015. Bila call schedule penuh dan hanya dapat pada hari ke-5 iaitu pada 12/11/2015 pukul 10 pagi.
4. 1st appointment ni jumpa nurse je dulu, dia akan consult dengan kita. Fail persendirian atas nama kita dan suami akan dibuat dan semua maklumat diri dimasukkan dalam fail tersebut. Soalan yang biasa ditanya: tarikh nikah, berapa tahun kahwin, kekerapan bersama suami seminggu, penyakit keturunan yang dihidapi ayah dan ibu kita, penyakit yang kita hidapi dan beberapa maklumat diri.
5. Ooh lupa, masa 1st appointment ni nurse ada pesan suruh bawah salinan IC dan salinan sijil nikah, tapi masa pergi takde pulak dia minta....
6. Nurse akan terangkan prosedur sepanjang rawatan kesuburan di LPPKN dan serba ringkas peranan LPPKN...juga bayaran yang diperlukan bagi setiap rawatan. Secara ringkas prosedur seperti berikut.
Prosedur rawatan kesuburan:
1. CD1 - Call LPPKN
2. CD2- CD5 - 1st appointment:
**Ambil darah isteri untuk cek - FSH, LH, VDRL, HIV, Hepatitis
**Ambil darah suami untuk cek - VDRL, HIV, Hepatitis
3. CD10 - CD12 - 2nd appointment - Ujian HSG
Rawatan HSG di LPPKN dibuat di Hospital Columbia Asia Nusajaya.
4. CD21-CD24 - 3rd appointment:
** Ambil darah isteri untuk cek - Progestron
** Buat ujian pap smear untuk isteri.
** Buat ujian analisis semen (sperma suami)
Pesanan : Sebelum datang untuk 3rd appointment bagi tujuan analisis semen, suami isteri perlu bersama 3 hari sebelum hari 3rd appointment, lepas tu tak bole bersama sampai la lepas buat ujian..:)
5. Bila dah selesai semua, 4th appointment baru jumpa doktor di LPPKN untuk analisis semua keputusan yang ada dan akan dinasihatkan untuk rawatan susulan bergantung tahap masalah masing-masing.
*CD - Cycle Day
So, untuk hari 1st appointment yang dah kami datang ni, sepatutnya boleh terus buat appointment untuk 2nd appointment ujian HSG. Tapi disebabkan hari CD10-CD12, doktor perempuan yang bertugas kat Hospital Columbia tu cuti dan yang ada hanya doktor lelaki cina....so saya minta next cycle untuk ujian HSG ni. Sebabnya...mestilah kita prefer doktor perempuan kan sebab ada option..hehe.
3rd appointment pula dijadualkan pada 1/12/2015 iaitu CD24. Biasanya kalau cycle pendek, CD21 kena datang..tapi sebab cycle period saya panjang iaitu 30-34 hari, so saya kena datang CD24.
So berapa $ yang saya kene caj untuk 1st appointment ni. Berikut ringkasannya:
Kos ujian darah isteri:
FSH : RM 36.80
LH: RM 24.50
VDRL: RM 7.80
HIV: RM 19.00
Hepatitis: RM 14.50
Total isteri: RM 102.60
Kos ujian darah suami:
VDRL: RM 7.80
HIV: RM 19.00
Hepatitis: RM 14.50
Total suami: RM 41.30
Kos consultation dan pendaftaran: RM 50
Total semua: RM 193.90
Bil akan diberi separate sebab untuk ujian darah akan di hantar ke Lab Gribbles dan pihak Gribbles yang akan bagi resit bila semua ujian dah selesai. Resit dari LPPKN pada hari 1st ni hanya RM50 untuk consultation dan pendaftaran tapi bayar kena penuh la untuk Gribbles sekali..cuma resit je kemudian dapat...hehe. LPPKN JB ni takde sistem nombor2 sebab semua yang datang by appointment. So, takde la tunggu lama sangat. Cepat je semua proses. So till then for our next journey....:)